Home » DagangAsia Medan Dagang Halal

DagangAsia Medan Dagang Halal

News From : DagangHalal.com (25 Jun 2009)

KUALA LUMPUR – DagangAsia Net Sdn. Bhd. (DagangAsia), pemilik portal khidmat nasihat dan pemasaran pelbagai produk halal, berjaya mencatat purata kunjungan kira-kira 67,000 pelayar dalam talian setiap hari.

Syarikat yang memiliki portal halal www.daganghalal.com itu kini menjadi medan perdagangan tempatan dan antarabangsa apabila berjaya menjalankan 4,860 transaksi yang bernilai jutaan ringgit sejak penubuhannya empat tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairil Ismahafiz (gambar) berkata, portal itu merupakan platform terbaik bagi pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) di negara ini untuk memasarkan produk mereka berikutan trend pasaran ketika ini lebih menjurus kepada pasaran industri halal di seluruh dunia.

Katanya, peluang tersebut tidak seharusnya dilepaskan begitu sahaja kerana transaksi keseluruhan pasaran produk halal ialah RM2.1 trilion pada bulan September 2008 dan ia dijangka meningkat sehingga RM6 trilion menjelang tahun 2010.

“Malaysia hanya menguasai transaksi pasaran kira-kira RM800 juta pada tahun lepas dan kita sebagai sebuah negara Islam wajar mengambil peluang ini untuk menembusi pasaran halal.”

“Pasaran itu bukan sahaja difokuskan kepada pengeluar Islam tetapi melibatkan pengeluar produk dan perkhidmatan daripada golongan bukan Islam. Ini akan membantu Malaysia menjadi hab halal antarabangsa,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Oleh SHAWKATH AZDE
[email protected]

Source: Kosmo!

See translated English Version

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *